- Terima Kasih kepada inchik Hare. Memberi informasi tentang pameran PostGrads di KL Convention Centre. Maka hujung minggu yang lepas Mr Final cuba mengosongkan sekejap waktu untuk ke pameran tersebut. Seperti biasa kalau ada pameran2 sebegini, pastilah pengunjung dibekalkan juga dengan 'Goody-Beg'.. yang biasanya kalau kita tidak berminat dengan pameran tersebut akhirnya menjadi sampah2 kitarsemula sahaja pamplet2 dan majalah2 yang dibekalkan.
- Hoh.. tidak mengapa yang penting maklumat2 yang menarik tercakna di minda kita. Sedang dalam cuti tempoh hari yang lepas dan juga kini. Di fikiran Mr Final masih terfikir2 tanpa punya jawapan terhadap persoalan yang Mr Final fikirkan. Bila saja di alam Latihan Industri persoalan2 yang terngiang difikiran menjadi lebih rumit.
- Sejak baru mengikuti kursus ijazah pertama, memang Mr Final dah tanamkan dalam hati untuk pastikan untuk mendapat Ijazah Sarjana (Master Degree) demi diri Mr Final sendiri. Memang telah lama berimpikan begitu. Pada waktu itu Mr Final pun belum faham benar signifikasi Ijazah Pertama dan juga Ijazah Sarjana. Kini setelah di penghujung Ijazah Pertama, sedikit demi sedikit Mr Final dapat memahami.
- Dari pemahaman Mr Final, dalam konteks kerjaya di Malaysia, mempunyai Ijazah Pertama telah melayakkan seorang itu untuk mara ketahap mana sekalipun dalam bidang kerjaya. Khususnya di bidang kejuruteraan. Menjadi kelaziman tahap seorang jurutera itu dinilai dari pengetahuannya terhadap bidang yang dilakukan secara praktis. Dalam erti kata lain, lebih tinggi pengalamannya melakukan tugas dalam skop bidang kerjayanya, semakin mahir jurutera tersebut.
- Dan hal yang demikian juga disokong dengan jurutera tersebut, terus melatih diri dengan mendapatkan pelbagai sijil2, lesen2, kursus2 yang berkaitan dengan bidang skop kerjanya yang lazimnya hanya ditawar oleh industri sendiri. Proses sebegini jika sentiasa dikemaskini dan didokumentasi serta mempunyai mentor bertaraf IR pastinya memudahkan jurutera tersebut memegang taraf Jurutera Professional (IR)
- Semasa dipameran Mr Final berkesempatan bertanya dengan pegawai yang menjaga booth tersebut tentang perihal membuat ijazah sarjana. Dapatan Mr Final ialah, kini jika mahu menyambung lagi pelajaran ke peringkat Sarjana, Mr Final boleh memilih dua bentuk iaitu secara kerja kursus (by-course) atau pun secara kajian (byresearch) dan bidang2 yang boleh diambil menjurus kepada MSc (Master in Science), MEng (Master in Engineering) atau pun MBa (Master in Administration).
- Bagi MSc dan MEng, daripada feedback yang Mr Final dapat ialah kebanyakan yang mengambil jurusan ini akan berakhir sebagi seorang penyelidik atau pun ahli akademik. Kebiasaan bagi mereka untuk meneruskan pelajaran hingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Kelaziman juga jika pemegang sarjana kembali mempraktis sebagai seorang jurutera, gaji yang ditawarkan adalah merujuk kepada Ijazah pertama mereka, melainkan jika syarikat tersebut benar2 memerlukan kepakaran mereka melalui bidang Ijazah Sarjana yang mereka ambil. Jika Mr Final memilih pula ke MBa, pastinya bidang tugas akan beralih kepada kumpulan pengurusan dan bukan lagi kumpulan teknikal. Pun begitu biasanya gaji jika bekerja di syarikat adalah merujuk kepada Ijazah Sarjana (MBa) yang diambil.
- Hohoh.. byk pilihan tapi tiada idea nak wat yang mana.. ahaks :D.. camne ni info dah ada tapi tak tau nak pilih mana. Sape nak kerje angkat tangan kiri! Sape nak study balik angkat tangan kanan! Sape nak dedua.. angkat kaki... kuikuikuikui
F/S: Mengambil kesempatan memblog waktu tiada SV LI.... ngeeeeeeeeeeeeeeee :D






8 comments:
Salam...
Hohohoho...kalo ko nk sijil dlm quality management. gi website ni. Training conducted by SIRIM
www.sirim.my/ts
Ade pengambilan utk Jan 2010 bawah skim graduan menganggur. Ade elaun
Ak nk amik Food Safety Management
Ak nk amik MSc kt USM pakai mixed mode(research+coursework). Lps tu, bole pikir nk jd profesional atau pensyarah.
Sekarang tgh buat proposal utk ChE lak...psl mass transfer
Sam: wah... cptnyer.. dah wat proposal.. aku xde mase pon.. blk2 umh LI terus jek membungkang.. hoho
xtaw lagi..wat mase ni sy nk angkat tngan kiri dlu..mybe kasik can kat awk angkat tngn kanan dlu..hehehe..bleh x???
ops..kalo tetiba rse nk angkat tngn kanan leh kot erk??..depends on rezeki..heh
lpe lak..ad offer master kat utp..tp pointer kena above 3..kalo rse nak leh apply..elaun pon byk..heh..tp kna amik full time sbb dorg nk soh jadik tutor kat UTp tuh..jgn lmbat2 nk pk erk..
full time ek?... huh cam mls jek wat full time pk nak wat part time jek.. and kalo leh area2 KL ni je
re:...claws n fangs
naga ni takde claws n fangs...sebab naga ini si naga terbang...hehehe
woi...sv datang tu...
huhuu...banyaknya offer..erm aku ni tgh duk pkan tajuk yg sesuai..."oleochem" huhu ade ape2 pandangan??
Ko nak ke oleochem ker???
oleochem ni.. aku rase luas gak, tp yg common kat msia ni.. food sector, energy sector ngan farmaceutical.. termasuk laa wat sabun2 tuh sume.. huhu ko nak area mane?.. pastu ko ikot laa ko nak research ape.. and dlm lab scale ke atau industrial
huhu tuh laa opinion Mr Final... tehehe...
Catat Ulasan