Ahad, 2009 Jun 28

Rezeki ditangan Ilahi

Mase 2 minggu dah berlalu... dalam 2 minggu ini juga macam2 yang Mr Final cube serap sepanjang berlatihan Indutri. Ada rakan yang goyang2 kaki gumbira. Ade juga yang kebosanan menunggu kerja2. Ade yang mengomel sini sana. Mr Final pun tidak terkecuali. Tapi pastilah Mr Final punyalah banyak kerja. Acap kali juga balik2 rumah mandi.. bertahan mata sejam dua. Kemudian entah bila masa sudah tidur. Kadang2 mungkin terbangun sebab perut berkeroncong itupun sudah dinihari semua pun sudah tidur.

Setengah berkata, baguslaa punya kerja mahu dibuat, akan punya banyak pengalaman. Setengah juga berkata.. hoh matilaaa.. But dalam keadaan-keadaan begini, walaupun terasa punya tekanan, Mr Final fikir masih boleh tersenyum dan kadang2 juga sempat berfacebook. Hihihi.. Keberadaan internet sentiasa dihujung jari buatkan Mr Final tidak berasa lelah sangat. Dan kini mula beradaptasi sedikit demi sedikit dengan bidang tugas dan kerja. Biasalah, Mr Final kan lambat dalam hal2 beradaptasi itu yang sedikit menyukarkan. Doakan Mr Final segera berasimilasi dengan budaya kerja yang baru ini. Walaupun begitu Alhamdulillah sebab dahulu dibiasakan kerja dalam tekanan, buatkan hal2 sebegini sedikit normal.

2 Minggu berlatihan Industri. terasa seperti sudah sebulan 2 berlatihan Industri, Mr Final telah menyemak, mengaudit, membuat macam2 report dari Pusat Janakuasa Tenaga BangPakong di Thailand, kepada Pusat Janakuasa di Kapar kepada Miri Crude Oil Terminal. Pastinya agak merumitkan kerana apabila hendak mengaudit, membuat atau menyemak, kita tidak punyai asas pengetahuan tentang bidang tugas Syarikat dengan projek2 tersebut. Habis jenuh asyik bertanya sahaja. Lebih-lebih lagi Mr Final fikir sekarang ini seolah2 dah jadi all-rounded engineer. Kejap2 karang buat kerja jurutera elektrik. Karang pula jadi jurutera Mekanikal, sekejap2 berfikir seperti jurutera material atau pon awam. Berlatihan Industri dengan syarikat konsultan sebegini Mr Final perlu sentuh dari permulaan bidang projek dengan membuat pengiraan dan design, terlibat kepada progress dan installation projek hinggalah kepada maintanance projek2 yang sudah siap. Oh itu belum lagi berfikir tentang tugasan yang remeh temeh.

Satu2 masa membuatkan Mr Final terfikir? Pejadah yang aku buat ni, xtau langsung? Hahaha. Tapi tidak mengapalah kita anggap jek semua sebagai cabaran. Kata kuncinya kena bertanya. Dan kalo tidak berjumpe kepada inchik Google laa kita berharap.

Sebnarnya dalam masa 2 minggu ini pun perihal LI ini ada 2 perkara yang Mr Final terpakse hadapi dan terima. Di akhir2 minggu pertama, tiba-tiba sahaja Mr Final menerima panggilan dari MOX bertanya begini "Encik, mengapa tidak hadir ke pejabat untuk memulakan LI". Tetibe jek kan. Persoalan yang membuat Mr Final boink satu hari. Merujuk kepada perbualan telefon ini sedari bulan Mac pihak MOX dah hantar official letter. 1st time terima info. Agak berapi membara laa jugak kan.. rase nak meletop pun ada gak. Kalau itulah yang MOX katekan, xperlu laa Mr Final biol2 harituh mencari2 tmpt Li hantar bertimbun2 surat, mcm %^&*())_()_()*^&%@# jek laa kan. Tapi itulah halnya. siapa yang nak disalahkan. Nak ikutkan Mr Final pun slalu juga cek surat kat Unit LI, tp.. eeeleekk... xde pun terima surat itu.

Menerima panggilan telefon tersebut, buatkan Mr Final, agak tertekan sedikit. Apa tidaknya pemanggil yang merupakan wanita India itu terus sahaja ultimatum dalam fon. Terima atau Tidak. (Jahatnya laaa kan - mmg Hindraf sesangat). Apa pun kemudian bila tidak tau resolusi ape yang perlu diambil. Mr Final dengan mundar mandir pun terus sahaja membuat panggilan kepada dekan. Setelah berdiskusi secara panjang lebar dengan dekan (x penah dibuat nya kerje gila call dekan lelama) Beliau yang 'passionate' dengan industri Minyak dan Gas, memutus dan menyarankan Mr Final terus dengan syarikat konsultant ini. Katanya nanti peluang Mr Final lebih cerah ke industri Minyak dan Gas jika semua pemahaman teknikal telah diserap melalui syarikat konsultan sekarang ini.

Iya ka? Mr Final letih fikirkan hal sebegini - kerana pastinya jika mahu menukar tempat latihan LI perlu surat sokongan beliau. Mr Final ambil ia sebagai, rezeki Allah yang beri. Mental block akan MOX. fokus kepada apa yang dilakukan sekarang. (errr pesal cerita ini mcm melankoli)

Diminggu yang setrusnya sekali lagi Mr Final disentak dengan hal yang baru. Mr Final sedia maklum bahawa Supervisor Mr Final untuk LI ini adalah orang-orang kuat perkumpulan Corrosion Engineer di Malaysia. Pada suatu hari, selepas baru sahaja Mr Final menghantar report kepadanya untuk disemak Mr Final pun dipanggil. Woh punyalaa risau sebab air mukanya sangat serius, dalam hati terfikir laporan yang Mr Final buat tadi sudah salah besar ke? Tetibe die kata begini

" ... actually, I want u to involve in my 'pet-project'. This is not part of company works. This is my own personal project which is related to NACE International. I can conclude that in your resume - actively participate in university program and orgnization. Basically, I want you to be part in my team, handling NACE International Conference, a Corrosion Engineer conference. Anyway, it is up to you to join in, cause this will not be part of your Internship and obviously not about the technical stuff, but if join, I will let you know people inside and maybe if you think about making networking, this is the place..."

Ha.. lebih kurang begitu laa die ckp dan ada laa lagi die ckp2 lagi. Woh!~... last week Mr Final rase sedikit down, tapi bila SV panggil dan bercerita tentang conference2 ini dan minta Mr Final tolong dia handle same. Mr Final tidak terkata.. Huhuhu adakah ini rezeki? atau ini dugaan? Mr Final tak tahu dan rasenya masih terlalu awal untu membuat kesimpulan. Apa pun hidup perlu diteruskan. Ok laa kawan2 Mr Final lom habis2 lagi menelaah 9 Chapter NACE Manual mengenai Corrosion ni. Huhu nextweek ada test pasal menatang ni. Harapnya entry kali ini memberi sedikit gambaran perihal Mr Final.. Assalamualaikum







6 comments:

ak_0143 berkata...

huhu
betapa dunia kita memasing dah berbeza kan...
in a way, like u said, bila takde keje, bosan
bila ada keje, mau mati kan...

mmm aku kan, kalo pk kan berapa byk kompeni yang aku turn down sbb aku terlebeh awal memilih ke sini, memang aku boleh tension
aku dah tolak 3 kompeni yang aku inginkan sangat
semuanya sbb tawaran tuh datang lagi lambat dari yang sepatutnya...

tapi aku percaya, maybe ada hikmahnya aku mengikut jalan ini..

thus, nasihat aku, tak yah pk banyak2... pk seharusnya, n decide nak g mox ke stay...
ish, tak reti lak bagi2 nasihat ni...

haha

my point is, kalo ko nak wat keputusan pon, biarlah rasional kan..

n for the side project, kalo mampu, y not?
pengalaman kan...

Mr Final berkata...

Ak: tq utk nasihat2 itu

adli berkata...

hohoho!! gile kencang. aku pon konon2 tgh ber-LI jugak. kat GP klinik @ subang jaya. pagi sampai mlm.. penat~~

goodluck with ur place :) join jeh project conference tuh!

Mr Final berkata...

Oh.. ko kat subang gak ker... xtau laa plak.. next time leh melawat ko wat kije.. hohohoo

MR Arizme berkata...

wow..semuanya rezeki..aku pun tukar company LI..dr palm oil mill kpd electronics..huhu mungkin ade yg terbaik menunggu kita..banyakan bersabar..ada hikmahnya..smile :)

Mr Final berkata...

hihihi.. yeah... keep smiling :)

Blog Widget by LinkWithin