Hoh... walaupun saket2 Mr Final perhatikan laa juga mengenai hal2 yang berlaku disekeliling. Kali Mr Final nak sentuh politik sedikit, sikit je... lite-lite jek ok... bukan yang politik busuk itu. Khusus kepada Kementerian Pelajaran yang kini diterajui oleh Datuk Seri Muhyidin Yasin. Entah apa fasal entah, Mr Final rasa menteri ni cakapnya main lepas dan tidak berfikir panjang dan kadang-kadang ucapannya membuatkan kita berfikir hei~ inikah Menteri Pelajaran Malaysia ya.
2 ucapan yang paling menyentakkan Mr Final disini ialah tentang isu jumlah subjek teras yang ingin dikurang kepada 4 dan juga isu menetapkan hanya 10 bilangan subjek sahaja yang boleh diambil. Secara peribadi Mr Final fikir kedua2 cadangan tersebut sangat-sangat lah tidak Mr Final setujui.
Cadangan menetapkan maksimum 10 bilangan subjek tercetus adalah atas permasalahan pihak agensi kerajaan menghadapi kesukaran untuk memilih pelajar terbaik dan terlayak untuk menerima biasiswa daripada pihak kerjaan terutamanya dari pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA.
Secara terus kita dapat memahami disini permasalahannya adalah di sisi pihak JPA itu sendiri yang menghadapai kesukaran untuk memilih pelajar yang layak. Selain disebabkan bilangan pelajar yang cemerlang semakin meningkat, permasalahan juga timbul disebabkan wujud kelompok kecil yang mendapat straight A1 kesemua matapelajaran tetapi dalam jumlah subjek diambil berbeza-beza. Contohnya Ada yang mendapat 10A1, ada juga mendapat 15A1 dan ada mendapat 20A1, dan ada juga yang mendapat 13A1 + 3 A2.
Sedangkan kelayakan yang perlu untuk mendapat biasiswa sebenarnya cukup 9A1. Iaitu jumlah subjek wajib yang perlu diambil dan, subjek2 selain daripada itu adalah pilihan pelajar itu sendiri. Adakah kita dengan sewenang-wenangnya menghukum pelajar yang mendapat 15A1 itu lebih bijak daripada 13A1+ 3A2. Sedangkan masih ramai yang juga mendapat 9A1 dan 10A1 juga tidak mampu kita katakan mereka kurang cerdik dari yang 15A1 itu.
Semua ini bergantung kepada pilihan pelajar dan peluang mereka untuk mempelajari dan mengambil subjek tersebut. Makin mendesak pihak Kementerian Pelajaran kerana menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar cerdik pandai di SBP biasanya dituntut untuk tidak mengambil sehingga 20 subjek, bilangan normal dengan sedikit tambahan 1,2 atau 3 subjek sudah mencukupi. Berlainan pula dengan pelajar sekolah harian yang punyai kebebasan dan boleh pula mengubah guru tuisyen untuk mengajar subjek2 yang tidak diajar disekolah. Lebih2 lagi jika pelajar itu dari kalangan yang berada lebih berpeluang untuk mempelajari lantas mengambil subjek2 tambahan tersebut. Hal ini juga turut menyebabkan persaigan antara pelajar SBP dan pelajar sekolah harian sudah berubah, padang yang tidak sekata.
Namun begitu dalam hal ini, Mr Final tidak pula lihat dengan menyekat pelajar2 yang bijak dan cerdik dan yang berpeluang untuk mengutip ilmu sebagai jalan penyelesaian. Mr Finalmelihat sesiapa yang mencadangkan solusi sebegini sebagai pendek akal dan mengambil jalan mudah. Satu yang perlu kita lihat disini sebenarnya permasalahan hanya timbul dipihak JPA dalam memilih pelajar yang layak mendapat bantuan biasiswa, tetapi tiada masalah sebenarnya untuk pelajar dalam menguasai subjek2 elektif yang mereka minat, lagipun ini adalah hasil daripada dasar kerajaan sebelum ini yang menjadikan SPM sebagai sijil terbuka, agar pelajar2 yang berkemampuan dapat menguasai ilmu dengan lebih giat lagi. Hasilnya nanti pelajar2 cemerlang ini juga lebih berpengetahuan, bukankah ini suatu yang baik untuk masyarakat Malaysia yang majmuk.
Dalam hal ini boleh lah dikatakan pihak Menteri Pelajaran seolah2 kaki sakit yang perlu diamputasi (potong) tetapi kepala pula yang dipengggal, lain penyakit dihidapi, lain ubat yang diberi. Sepatutnya pihak pihak2 pemberi biasiswa seperti JPA perlu merobah atau membuat penilaian semula bagaimana seharusnya mereka memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar kita yang semakin cerdik pandai ini, bukan dengan cara mendengki pelajar yang berkemapuan mala berupaya pula untuk menguasai banyak subjek dengan menyekat peluang mereka. Janganlah sejarah Hang Nadim yang bijak bestari diulang semula dibumi Malaysia ini.
Kita nampak pihak kerajaan kini seolah2 tidak mahu pun berbincang bilamana suatu dasar penting diutarakan, dalam hal maksimum 10 matapelajaran ini, menurut bacaan awal Mr Final diakhbar, pihak menteri seperti telah menyebut bahawa dipihak mereka hal itu telah diperbincangkan, selang sehari langsung sahaja kita dengan bahawa Presiden MIC sendiri mengkritik dan memohon agar perkara ini dipertimbangkan semula kerana akan menyukarkan pelajar2 yang berketurunan India. Jika inilah rentetannya kita dapat melihat pihak Kerajaan Barisan Nasional kini ada masalah dari segi komunikasi, hal yang seperti ini yang sangat2 jarang berlaku di zaman Tun Mahathir, jika bulat kata pemimpin bulat lah ia, kerana menjadi kelaziman setiap rakyat sebelum suatu keputusan atau dasar itu dibuat, fikir kita kerajaan telah memikirkan semasak-masaknya. Mungkin ini satu lagi perkara yang pihak kerajaan BN wajar segera tangani sebelum menghadapi PRU13 nanti

20 comments:
re:...hehehe
u pun rock gak...
best kan lagu tu...:-)
Salam....
Ramai yg amik subjek banyak2 semata2 utk dpt tmpt di universiti and biasiswa
Ingat Amalina? Kenapa senyap dh?
Sbb xlps interview Cambridge
kadang-kadang pihak terbabit juga tidak memberikan peluang kepada pelajar-pelajar tua yang telah lama meninggalkan zaman spmnya untuk mengorak langkah kehadapan menyambung pelajaran kerana sangat sukar nak memilih kalangan pelajar spm cemerlang apatah lagi mereka yang tua ini tidak langsung dipertimbangkan untuk permohonan. sekarang pihak mara pulak sedang membekukan status kewangan mereka. jadi dimanakah perlaksanaa untuk membantu lagi membanyakkan mereka yang master dan phd jika peruntukan kewangan dan bantuan tidak disediakan. Runsing, keliru, confuse dan menyampah dengan kata-kata yang tidak serupa bikin. Why they all spell out the promises and can even do it yall?
Fiy.....good thoughts on the current issue. Yup, 'pendek akal' antara penilaian yang paling tepat. Dah teerang lagi bersuluh solusi ini berbentuk sekatan. Masalah yang bukan masalah.....pemilihan pemberian scholar kepada student yang cemerlang dangan alasan 'penentuan cemerlang' sukar untuk dikenal pasti...sungguh tak rasional....
Ini yang kita katakan pelik tapi benar.....sasaran negara untuk melahirkan cedikiawan warganegara yang hebat dalam pelbagai bidang sebelum menjelang 2020 tetapi kaedah sekatan tidak bertepatan dengan usul dan matlamat asas kerajaan.....
Bayangkan jika yang teras itu sudah seasalnya 10....elektif???
Totalnya.....tidakkah ini salah satu bentuk kehebatan?. Anugerah Allah!
Salam.
Setuju dengan bro. Wan Hidayat.
Dulu aku keluar SBP sebab tersekat tak boleh ambil 1 subjek elektif yang aku minat.
Sekarang ni depa sekat pula sekolah harian. Hilanglah 'eksklusif' sekolah harian.
Yang nak ambil subjek tambahan ni bukan semua, tak ramai pun. Ada yang nak ambil tu mereka yang betul-betul minat.
Sepatutnya penilaian pelajar cemerlang untuk biasiswa tu lah yang kena diperbaiki mekanismenya.
salam fifi..
pada aku, aku setuju bile ade sekatan subjek untuk spm.. bukannya apa, sebab apa yang aku nampak skarang, ada segelintir pihak sekolah yang terlalu ingin menaikkan nama sekolah.. so, maybe pihak mereka akan tarik sorang dua pelajar yang boleh ambik bnyk mata pelajaran...
seperti apa yang dibuat oleh pihak sbp.. pihak sbp hanya membenarkan pelajar mengambil subjek yang terhad.. kesannya kita boleh tgk.. semakin tahun, kualiti pelajar sbp semakin ok... apa yang kita nak adalah kualiti bukan kuantiti...
jika dalam sesebuah sekolah, hanya seorang sahaja yang resultnya ok dengan banyak A.. student yang lain macam maner?... sepatutnya pihak sekolah menumpukan semua pelajar..bukan hanya target se'seorang' student itu sahaja...
so, quality is better than quantity...
tapi, bagi aku, kalau nak hadkan kan tu.. hadkan sampai 12.. at least student still ada chances utk memilih..
sekadar pendapat peribadi...
consultantsam: urm.. is it?.. ramai yang amik subjek bnyk2 utk dpt tempat di universiti dan biasiswa
si lemas:.. hurm.. tuh laa.. mara dah kene beku skrang ni.. kebijakaan YAB PM yg menghapuskan MECD...
si lemas Mr Final ade info sape2 nak wat Master dapat 10K dan Doctrate 20k dari skim biasiswa khas.. kalo si lemas rasa itu mencukupi dan rasa2 seperti untuk membuat salah satu itu dalam negara, y not cuba. Maklumat lanjut sila ker website MOHE ye....
patungcendana: yer.. best best... lagu tuh
Wanhidayat:... agreee wif u!
mr_jayzack:.. yeah.. komentar baik. tapi benar ke sekolah hanya menumpu pada yang seorang itu sahaja? Mr Final x fikir begitu, ramai yang berkorban.. pelajar itu berkorban, ibubapa pelajar juga berkorban, family juga.. dan pihak sekolah selalunya hanya membantu sedikit.. sbb slalunya yang ambil banyak2 subjek mereka belajar atas inisiatif sendiri, dan dengan bantuan tuisyen2 diluar...
Mr Final setuju sgt2 kualiti lebih dari kuantiti
sedikit pencambah minda, adakah ramai2 budak SBP yang dapat 10A itu lebih barik dari seorang 20A pelajar di sekolah harian?? melihat kepada sudut Mr Jay_zack yang melihat kualiti lebih baik daripada kuantiti
hehe
Dyat:.. hehe Mr Final nampak apa yang kamu nampak... :D
10 A pun berkualiti
20 A pun berkualiti...
jika ada ramai pelajar yang dapat 10 A dan ada sorang sahaja yang dapat 20 A.. tidakkah semakin banyak kuantiti yang berkualiti?
cuba renung kembali..apa tujuan sebenarnya SPM diwujudkan?
dan cuba lihat kembali.. apa yang sedang dibuat oleh pelajar cemerlang spm tahun lepas yang dapat 20A tu? apa kos yang diambil skrang?
dimana nor amalina skang yang dapat keputusan cemerlang dengan A yang banyak masa spm beberapa tahun lepas?
sekadar pendapat~hehe~
mr_jayzack: kan... semua pon berkualiti kan.. tp ironinya sbb mr jayzack kembali pula untuk melihat dimana Amalina. sekarang? jika begitu.. kita juga perlu melihat dimana pemegang 10A itu skrang..
Dalam hal ini Mr Final membuat tanggapan begini. Semua pon berkualiti, titik noktah cukup setakat SPM itu sahaja, pencapaian mereka selepas sama ada dlm program tertiari, degree mahupun doctrate selepas itu.. adalah pencapaian mereka yang lain dan dilihat pada sudut yang lain. Sama seperti pencapaian pelajar UPSR tidak boleh kita katakan SPM mereka pasti meletup.
Apa yang Mr Final ingin tekan kan disini, tentang peluang.. dan sekatan... bagi Mr Final setiap orang haruslah diberi peluang untuk mereka memperkembangkan potensi diri mereka, jangan disekat, kerana ilmu itu adalah suatu yang sangatsangat luas dan tidak akan luak dan mencukupi pun pada sesiapa sahaja, lagi digali semakin banyak tidak diketahui.
Mr Final berwacana mencambah idea diminda ini... dan memegang pemahaman ini kerana ia selari dengan aspirasa FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN yang harus difahami setiap individu
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
cukup berpuas hati dengan jawapan saudara Mr final yang mengaitkan dengan Falsafah pendidikan kebangsaaan...
sokong 100 % dengan ayat ini :
"setiap orang haruslah diberi peluang untuk mereka memperkembangkan potensi diri mereka, jangan disekat, kerana ilmu itu adalah suatu yang sangat sangat luas dan tidak akan luak dan mencukupi pun pada sesiapa sahaja, lagi digali semakin banyak tidak diketahui"
dan sokong 100% juga dengan kenyataan ini:
"pencapaian pelajar UPSR tidak boleh kita katakan SPM mereka pasti meletup."...
terlalu banyak contoh disekeliling...
saya tidaklah menyokong 100% dengan sekatan pada 10 subjek sahaja.. saya menyokong sekiranya PELUANG untuk memilih itu diberikan sehigga ada satu tahap tertentu.. biarlah ada garis panduan... jangan la sampai 20...
sama seperti dengan sistem di universiti.. kita diberi PELUANG untuk memilih subjek yang kita nak.. sehingga ada satu tahap.. tak melebihi jam kredit yang ditetapkan..
so, dalam erti kata lain.. saya tegaskan sekali pendirian saya "biarlah ada satu garis panduan dan had2 maksimum utk memilih"..
dulu sewaktu saya mendengar ada pelajar yang mendapat 20A..perkara pertama yang terdetik dihati saya... kenapa kerajaan tak wujudkan had pada student utk spm??? ternyata telah wujud sekatan itu pada hari ini... dan tak sangka hanya 10 sahaja subjek yang dibenarkan.....
mr_jayzack:.. yossh.. I LIKE... sbb berwacana begini... kite boleh nampak.. ape yg perlu ape yang tidak perlu...
nah dgn maen2 komen pon kite dah nampak salah satu solusinya..
dibiarkan mereka bebas mengambil subjek.. tetapi.. biarlah pada had yang seswai.. dan cadangan Menteri Pelajaran had pada 10 subjek sangat2 laa tidak seswai.. ini semua pon setuju... hihi..
agak2nya org KPM @ MOE ade ke bace komen kite.. ye... hiks!
aku tak pandai nak bagi hujah lebeh2
aku tgk isu ni, 10 adalah terlampau sedikit
adik aku amik sc akaun
dan total up dah jadi 10 dah
so, adik aku terer giler la sbb dah amik max???
nak kurangkan subjek teras pon aku tak stuju
last2 mesti subjek agama yang kene buang dr teras
dah la makin kurang agama skrg ni...
kadang2 garis panduan yang ada ni nak tolong satu pihak je
btol la ko cakap tuh, nak senang kan keje, tapi impaknya???
sekarang ni pasal bi lak...
tak nak tulih entri tuh lak ke?
huhuhu
Ak: tuh ler.. adik aku pon amik 11 subject... tuh br dak biasae2... yg cemerlang gemilang terbilang tuh xkan nak amik 12 jek kot.. bbagi lebey arrr.. diowg nih keje nak senang jek mlasa berpk dan malas nak minta nasihat pakar...
huhuhu.. nak tulis ker pasal isu yang baru tuh... nmpk sgt MOE nih bermasalah bsr
setuju dgn pendapat author, patut tak payah sekat berapa banyak subjek nak ambli.
biarlah diorang nak tunjukkan kemampuan diorang menguasai subjek2 yang mereka fikir mereka mampu kuasai.
kalau kita tengok sejarah yang dapat banyak A ni, kebanyakan mereka bukan dari kalangan orang senang eg nik nur madihah-anak nelayan, sedikit sebanyak beri motivasi pada orang lain yang walaupun miskin, they can achieve what they want in their life. kita dapat tengok yang dengan kejayaan dia, barulah orang buka mata beri bantuan rumah sedangkan rasanya dah lama rumahnya dalam keadaan dhaif sebegitu.
lagipun, bukannya satu kerugian pada negara pun kalau lebih ramai generasi kita hari ni yang cemerlang subjek sains tulen+sastera+agama+dll. tu modal insan kan beb. kaya apa negara kita nanti..haha..ak mahu gelak saja.
redline: yup yup.. i agree with u
Catat Ulasan