Ahad, 2009 Julai 19

19July09

Gile ah.. dekat 20 hari aku tak menulis, dan sekarang aku rase kekok macam mane hendak menulis. Hurm.. slalunya aku jarang membahasakan diri sebagai 'aku' tp layan je laa eh.. Ok kite mulekan catatan rojak kali ini dengan

1. Blog, twitter, facebook

Sejak mula mengenali facebook, aku skrang smakin jarang login kedalam blogger. Kesannya, blog aku dah terbiar sekarang. Di tambah lak dengan ber'internship' ni semakin malas dan ketiadaaan masa aku nak menulis sesuatu diblog ini. Mungkin perlu mengubah semula, menyusun atur semula bagaimana aku dapat meluangkan masa untuk berblog seperti dahulu. Punca masalah satu sahaja, aku berasa letih bila pulang dari kerja, bila dah letih otak, maka nak menulis pon semakin lesu.. idea ada tapi sangat 'raw' kesannya aku lebih senang ber'twitter' dengan facebook sahaja. Maka jika begitu keadaannya, kepada pembaca budiman sekalian sila-silalah add Mr Final di Facebook dan juga Twitter ye.. :)

2. Harry Potter

Untuk Half-Blood Prince ini, awal2 lagi aku dah merendahkan expectation aku terhadap movie ini, bukan kerna ceritanya tidak sedap tetapi aku mmg tidak gemar akan pengarah David Yates, seperti Order of Phoenix yang beliau gagal bagi aku, entah mengapa sekali lagi David Yates diambil sebagai pengarah. Apa pun kerana aku sangat2 meraikan buku ke-6 ini.. aku berjaya juga dapat memahamkan filem ini seperti didalam buku. Dan pastinya berjaya mengesankan aku berasa sedih akan filem ini.. pun begitu pastinya siapa yang tidak membaca buku akan berasa bosan dengan buah tangan David Yates ini. Hanya yang membaca dapat menguasai emosi filem ini. Oh tahniah kepada 'Draco" kerana buat pertama kali aku rasakan emosinya dan kesian padanya. Kematian Dumbledore sepatutnya lebih hebat daripada garapan Mike Newell semasa mematikan watak Cedric Diggory, tetapi.. tidak berjaya... Ahh.. aku mahukan Mike Newell kembali menerajui Deathly Hollow!

3. Lesson Learnt

Sewaktu aku menjalani LI ini, hari itu pertama kali aku mengikut grup untuk membuat QA/QC anode. Awal2 lagi ada beberapa masalah logistik timbul berkaitan anode tersebut, membuatkan grup membuat QA/QC adalah bengang juga. Aku ikotkan sahaja, kerana itu pertama kali aku bersama2 ikot terlibat. Pun begitu setelah beberapa masalah ditangani kami pun melaksanakan tugasan. Selesai, kemudian anode pon dihantar ke lokasi projek di Miri. Selang berapa hari bos pulang ke Ofis.. dan bermulalah kisah.. aku turut dibawa kedalam meeting teknikal tersebut.. dan... bang bang boom bang... meletop sane sini.. mengenai kesalahan prosedur QA/QC, dan aku yang masih mentah ini pon perlu memberi keterangan untuk internal inspection.. wow.. sangat hangat dan aku merasai tekanan dan stress itu.. kerugian company jangan cakaplah.. Kemudian selang beberapa hari lagi aku masuk sekali lagi dalam meeting itu.. yang akhirnya supervisor grup QA/QC pon meletak jawatan. GOsh!... adalah suatu yang agak gila aku alami dan ianya adalah realiti. Terkebil aku memahami adakah ini fantasi?? Dunia luar adalah sangat ganas dan zalim. Itu konklusi aku. Setelah dua meeting teknikal tersebut, supervisor LI aku memanggil aku dan berharap agar aku tenang2 sahaja dan jangan berasa hati tentang peristiwa yang berlaku. Dan katanya tidak mahu aku seriau terlibat dalam proses itu, beliau telah mengesahkan untuk aku terlibat sekali lagi dalam QA/QC Anode dan kalau perlu aku ke Miri untuk 2nd inspection maka aku perlu pergi ke lokasi.. GOSH... damnn~ syarikat dah berugi sebelum ini, nak juga aku yang tiada pengalaman ini terlibat??? Siyes menakutkan.

4. I'm Superman

Hari itu ade person ini berasa terpanggil untuk memberitahu aku agar tidak mengeluh terhadap LI. Haha... basically, aku rasa seperti mahu ketawa kuat2.. Mungkin person itu belum kenali aku.. aku adalah orang yang sangat determine.. eheh~.. dan.. boleh hadapi tekanan.. Keluh skit2.. adalah biasa.. mungkin kerana dalam proses mengadaptasi kepada environment baru ditambah pula environment itu sentiasa berada dalam keadaan tekanan. Oh aku adalah orang yang bersyukur, tetapi bukanlah juga orang yang cepat berpuas hati tetapi tidaklah sehingga aku ini terlampau perfectionist, oh aku seperti manusia2 biasa diluar sana. Cumanya sejak berlatihan industri ini kadang2 ada satu2 masa aku berasa seperti I'M SUPERMAN, mungkin juga sedikit robot.. huhu.. tetapi.. setakat ini.. aku masih berasa senang... Oh oh.. Mr Final sebenarnya adalah orang yang sukar menunjukkan emosi sebenar, membuat kadang2 orang terkeliru. am i a good actor??? hoh! (erks! mende yg aku bebel neyh)

5. Campur-campur

  • Pejadah nyer APM kat Jakarta tuh, adalah bowsan.. dan sangat keindonesiaan. Part yang xleyh blah ade dua, pertama bila si mamat Asfraf Sinclair tuh xreti berbahasa Melayu, erannyanya di Malaysia cume reti ckp inggeris, bila ke Indon, reti pula cakap Indonesia, dimana jati diri? tabik kat Aznil tetap cakap Melayu! Keduanya bile.. artis indon tuh menjubo didepan telivisyen sungguh kurang sopan dan merendahkan tamadun bangsa Indon... membace di media, alasannya, perkara itu adalah biasa di Jakarta. Kepada sekalian umat bangsa Malaysia.. janganlah kalian lakukan hal2 yang sedemikian.. kerana ia merendahkan taraf maruah dan intelektual bangsa kita.
  • PPSMI, ntah laa biol dibuatnya, yang kelihatan adalah ada dua fragmen masyarakat diMalaysia satu yang inginkan bahasa inggeris demi survival bangsa Pro-DrM, satu mahukan bahasa Melayu juga demi survival identiti bangsa.. Pro-GMI. Hurm pada cendikia-cendikia sekalian lah kita rujuk. Harapnya mereka berperanan secara menyeluruh dalam hal ini. Oh satu yang aku nak komen, PPSMI dimatikan, solusi mengatasi permasalahan sebelum ini apa?? hanya kedengaran bajet2 tertentu tetapi methodologi cara mengatasi tidak pon diambil peduli ramai ramai dikalangan kita.. huh~ menyatakan bajet2 tertentu untuk pulihkan keadaan tidak memadai bagi aku... yg penting gerak kerjanya.
  • Jerebu... damn~.. semakin teruk dan teruk dan teruk sekali di KL ini. teringat lagi tempoh hari yang lepas sewaktu baru sahaja menamatkan semester, Mr Final snap2 gambar-gambar awan yag memutih dan membiru, now, kelabu asap taik hanjeng semuanya arghh... benci.. pencemaran
  • Mr. Final terfikir, bila sudah berLI erks.. gini sahajakah ...?? kerje.. kerje dan kerje... hurm.. seperti tujuan hanya kerje.. and dats all.. Mr Final terfikir akan.. NGO-2.. dan dimana boleh salurkan apa2 yang boleh salur tolong... untuk negara.. hurm.. nak salur kemana ye.. Mr Final pon xtau.. aisyh... rase seperti perlu melakukan sesuatu tetapi tidak tau kemana.. patut dituju... hurmmmmm...


F/S: Mr Final mengucapkan Salam Isra' Mi'raj kepada semua pembaca muslimin dan muslimat.


4 comments:

Yopiscky berkata...

sampai miri kalo nak lepak minum sila roger2 aku..harap maklum

Mr Final berkata...

wokeyh... mesej anda telah smpi :)

saya jugak.. ^^ berkata...

kamu kan engineer..jom kta atasi masalah pencemaran ni..hoho..adaptasi kelas environment engineering yang best tuh..~~

Mr Final berkata...

saya jugak: kamu, tq krn syg kn alam. tp kamu lebih bgs jika dpt beri berkongsi idea kamu disini bgimana dpt kite lakukn sesuatu tntg jerebu ini :-)

Blog Widget by LinkWithin