Khamis, 2009 Julai 30

Yasmin: Hujan - Adibah Noor


Hujan
Adibah Noor

Al - Fatihah : Yasmin Ahmad 1958 - 2009, (dalam ingatan)







Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayup mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengeratkan perpaduan suci
kasih sayang abadi




muaturun .MP3 lagu disini











F/S: Bagi Mr Final, Yasmin Ahmad adalah pengarah paling prolifik di Malaysia, boleh dikatakan setiap karya yang dihasilkan akan mengujakan setiap khalayak. Setiap filem mahupun iklan hasil buah tangannya pasti menyentuh setiap golongan masyarakat. Tidak dinafikankan Mr Final sendiri pasti berasa mahu mengulas akan mengkritik hasil yang dilakukannya. Kadang2 ia hasil karyanyaseperti suatu yang ironi ada sebahagian yang kita bersetuju dan ada pula kita menfikan suatu yg digambarkan. Nah itulah karya yang menarik kerana mengujakan khayalak yang menonton untuk mengkritik suatu yang dihasilkan. Tetap dari sudut positif, Yasmin telah melakukan sesuatu yang 'simple' tetapi beri impak besar dalam meMalaysiakan jati diri kita semua, suatu yang golongan politik, agamawan, cendikiawan, seniman lain yg belum berhasil mengusahakan. Kalau ada Pingat 1 Malaysia, pasti Yasmin penerima anugerah pertama.. hee :D

2 comments:

-azura- berkata...

saya setuju dengan semangat 1Malaysia Yasmin Ahmad yg ditonjolkan dlm setiap filemnya, cuma mungkin ada sensitiviti yg perlu diambil kira.

Mr Final berkata...

btol btol btol, sy pun setuju

Blog Widget by LinkWithin