Sabtu, 2009 Oktober 17

Menyegar minda dipantai


di lobby hotel

Ermm.. nak mula dari mane eh, yang pasti pada waktu ini Mr Final sedang bersenang2 di lobby resort hotel di PD, selama seminggu disini, setakat ini semuanya baik2 sahaja sangat best serta gembira dan menyenangkan.. nanti2 Mr Final upload pic2 disini.

Lame betul untuk mengupdate blog Mr Final ini, sampai terlupe untuk mencatatkan mengenai peristiwa besar frodo pada beberapa minggu yang lepas iaitu, hari bersejarah Mr Final bergraduasi. Yosh akhirnya setelah penat lelah belajar selama ini, Mr Final pun kini mempunyai segulung ijazah tanda tahap pendidikan tertinggi yang Mr Final kecapi. Di dalam hati tetap setia dengan niat untuk memastikan degree bukanlah takat akhir pendidikan Mr Final, insyallah nanti selepas ini mencuba pula ke peringkat Sarjana.


bergraduasi

Hidup ini sememangnya ada turun dan naik, ada masa kita berasakan seolah mau tersungkur dan tidak bangkit2 lagi namun entah bagaimana ada sahaja tangan2 ghaib yang mendirikan kita semula, ada tikanya kita rasa seperti kita sudah berlari sepantas kilat seolah2 telah maju terus kehadapan terbang seperti superman, entah bagaimana kita tersadung batu, maka berguling2 lah kita jatuh tanpa siapa peduli.

Memang pengalaman mendewasakan dan setiap kali di uji pasti Mr Final hanya bergantung padaNya. Benar dan yakinlah, selagi kita percaya padaNya berkat kesabaran kita meghadapi masa gelap2 itu, pasti kita mampu menghadapi apa cabaran sekalipun

Sebenarnya Mr Final pada awal tadi, Mr Final nak bercerita tentang pengalaman berLatihan Industri yang dasyat itu, tetapi yelah kan, buat apa mengingat barang yang lepas, baik kita terus mara kehadapan kan?

seberat jongkong bertan-2 ini, seberat itulah bahu 'LI 'yg diusahakan


Yang penting sekarang adalah masa untuk merenung diri merancang masa depan sebelum melangkah mara ke depan, benar segulung ijazah seudah bersama diri tetapi itu belum beri apa2 makna, harapnya dengan kehadiran Mr Final ke kursus yang sedang diikuti ini, ditambah pula dengan rakan2 rapat sedari matrik, universiti ada bersama ditambah dengan kawan2 yang baru sahaja kenal ini mampu memberikan ilham pada Mr Final, langsung membuahkan hasil yang ranum nanti.


Port Dickson~




3 comments:

mr cekodok berkata...

selamat bergraduasi fifi.congrats~

consultantsam berkata...

Salam

Best arr g jalan2

Ko g gems, ak g amik diploma, hahaha

Mr Final berkata...

sam: haha gi jgn x gi

mr cekodox: thankz kamu~

Blog Widget by LinkWithin